Kelantan MiB River Cruise

MiB River Cruise merupakan 1Spot Tourism Center yang menyediakan perkhidmatan restoran, chalet dan Perkhidmatan Menyusuri Sungai dan Lautan.

Kelantan MiB River Cruise


Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Kota Bharu menyediakan ruang dan peluang kepada mana-mana usahawan/pengunjung seluruh negara amnya.

Restoran Sup Kepala Ikan Pok Mat dan Kahfi Tomyam merupakan diantara restoran yang dikenali dan digemari ramai.

Terdapat kiosk-kiosk @ Push Cart yang menjual kepelbagaian makanan, pakaian, serta kaunter tiket untuk Perkhidmatan River Cruise.
River Cruise merupakan perkhidmatan yang WAJIB dicuba oleh setiap pengunjung yang datang ke MIB Kedai Buloh, trip-trip yang berbeza contohnya melalui sungai-sungai, denai-denai yang kecil, menikmati flora fauna serta yang pasti ianya mampu menghadirkan ketenangan.

Pakej memancing di unjam-unjam yang disediakan mampu memberikan pengalaman terbaik..

Trip untuk pelancongan ke Pulau Perhentian melalui Jeti MIB, ruang parkir yang luas, serta kawalan keselamatan tersedia untuk anda.

Di MIB, terdapat ruang kedai/ kiosk untuk disewakan kepada individu, pengusaha @ syarikat yang berminat.

Juga sebagai tempat riadah & rehat serta menenangkan fikiran.

Kepuasan anda keutamaan kami..

Dekat Je..

    Trattoria

   0145330466

      Pagina facebook

      Kedai Buloh, Kota Bharu, Kota Bharu, Malaysia

Lascia il tuo commento




"Trova il tuo ristorante, in un clic"